HAMKA pujangga nusantara




wokey wokey wokey
hari ni seharian aq menggoogled
pasal HAMKA
who is he ??


Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji. " — Hamka




H.A.M.K.A adalah singkatan daripada Haji Abdul Malik Karim Amrullah lahir tahun 1908, di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, dan meninggal di Jakarta 24 Julai 1981, Beliau adalah sastrawan Indonesia, sekaligus ulamak, dan aktivis politik.



KEPERIBADIAN HAMKA :
  • petah berpidato
  • berjiwa seni- melalui gaya bahasa dalam pantun dan syaiir yang diciptanya.
  • berani menaikkan semangat masyarakat menentang penjajah.


PENDIDIKAN HAMKA :
  • mempelajari al-quran dan asas2 agama daripada bapanya. mendapat pendidikan rendah di SEKOLAH DESA PADANG PANJANG dan SEKOLAH AGAMA AT-TAWALIB
  • banyak meghabiskan masa di perpustakaan untuk membaca buku buku falsafah, sejarah, dan politik negara. hamka turut mengkaji karya karya sarjana timur tengah.

KEGIGIHAN HAMKA MENGEMBANGKAN DAKWAH ISLAMIAH DI NUSANTARA.

  • menerbitkan majalah KHATIBUL UMMAH pada usia 17 tahun.
  • megasaskan Persatuan Hindia Timur tahun 1927 semasa di Mekah untuk memberi pelajaran kepada para jemaah haji Indonesia.
  • mengangotai Pertubuhan Muhammadiah dan mengasaskan Kolej Al-Muballighin tahun 1935.
  • menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat tahun 1936 dan telah mengasaskan beberapa buah majalah yang bermotifkan dakwah.
  • dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Pertubuhan Muhammadiah tahun 1935.

SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

  • tokoh ulama yang melakukan PEMBAHARUAN besar kepda umat islam di Nusantara.
  • karya karya beliau dalam bidang agama, falsafah, dan kesusteraan menyentuh secara langsung kehidupan umat islam di rantau ini.
  • beliau adalah penyambung idea Islah yang dibawa oleh As-syyid Jmalaluddin Al-afghani dan Muhammad Abduh.
  • TAFSIR AL-AZHAR karangan beliau memberi keasna mendalam dalam bidang ilmu dan pemikiran umat islam.

HASIL HASIL KARYA HAMKA

  • BIDANG AGAMA : tafsir Al-azhar, Tawasuf Moden, Arkanul Islam, dan Revolusi Agama
  • BIDANG FALSAFAH : Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Falsafah Ideologi Islam, dan Pandangan Hidup Muslim.
  • BIDANG SASTERA : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Laila Majnun, Di Bawah Lindungan Kaabah, dan Menunggu Beduk Berbunyi.

PERJUANGAN HAMKA :

  • mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda.
  • menganggotai Pertubuhan Muhammadiah dan menentang Khurafat , bidaah, dan tarikat kebatinan yang sesat. hasilnya, beliau menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah.
  • walaupun pernah dipenjara dan sering menghadapi rintangan, Hamka tetap gigih dan bersemangat meneruskan perjuangan.



H.A.M.K.A





Comments