Kanvas Multimedia.



Sepi.
Kanvas multimedia ini telah lama menyepi
tersisih dari duniaku buat sementara
hinggakan hari ini baru aku teringat akan
kewujudanmu dikala aku terasa amat sepi.

Maafkan aku kanvas.
Sudah lama jemariku tidak menari rancak
di susunan lantai tari hurufmu
dibiarkan sahaja tak bercorak kata
dek masa  mencemburui percintaan kita berdua.

Hari ini.
Melewarku melayari dunia sesawang
aku terbaca kisah kokping dan bongtri
terasa sungguh besar kekuasaan-Nya
Ya sungguh, jodoh itu rahsia indah.

Kata pujangga.
"dan pasti akan serahkan hati ini,
dan jahitkan dikocek kamu" (Fynn Jamal)
dibalasnya oleh roman pencinta yang memberi
seribu makna "tetiba aku rasa nak jadi pemuzik" (Trihadzir).

Maka. 
Permudahkanlah segala urusan mereka
limpah kurnia rezeki dan bahagia
dan juga untuk mereka mereka yang lain
yang mempunyai segala macam kisah
yang aku rasa tiada kesudahanya.

Termasuk aku. Aminn ya Rabb.





Orked.
April 23,Parit Raja.



Comments